Yuran IPTA Paling Mahal di Malaysia

      Hai korang, aku ada nak cerita sikit ni. So, basically cerita ni utk yang tertanya-tanya macam mana unisza ni sebenarnya, sebab aku yakin korang google pon kurang cerita pasal unisza ni. Jadi, ni kira pendedahan awal untuk korang, so takdalah terkejut beruk pulak nanti kan kalau dapat unisza🤭.
   
     Aku student Unisza kos Medical Imaging atau dekat unisza ni orang panggil MI. Kalau nak mohon dekat UPU tu kos ni nama dia ISM Pengimejan Perubatan (kepujian) . Sebab dia bahasa melayukan, nak sebut pon berbelit lidah😅, lagi-lagi kalau orang tanya, aduhai... malasnyaaa nak explain, fening sis. So, medical imaging tu laagi simple dan senang faham.

     Kos MI ni bawah fakulti sains kesihatan (FSK). Jadi faham-fahamlah, kalau ada kaitan dgn sains ni biasanya yurannya maahaaal sikit. Hmmm.. sikit ke🤔, macam banyak je😏. Aku sebelum masuk unisza, ambil asasi sains dkt uitm dengkil (takyah explain pon aku rasa ramai org tahu dah, kalau rajin aku buat entri lain okay😉). Uitm kebiasaannya yurannya akan lebih murah dari ipta yg lain. Aku boleh terima lagi la, macam masih dalam range yg mampu dibayar gitu kot🤔, heheh. Jadi bila masuk unisza ni, dia macam terkene renjatan elektrik gitu🤑😁. I mean, memang la yuran untuk asasi dengan degree berbeza, tapi sistem dia masih sama kan, bayar ikut sem. Inilah yg meyebabkan aku mcm terkelu giteww. Meh nak cerita...

   

    Yuran pengajian untuk kos ni sahaja sepanjang belajar selama 4 tahun RM13,193. Ulang suara, ini hanya utk yuran pengajian sahaja okay 👌. Yuran kolej kediaman berbeza mengikut jenis kolej kediaman, dekat unisza dia ada blok lama dengan blok baru. Kalau blok lama murah sikit dalam RM525 sebab dia kecik sikit n mungkin sebab dia lama🤷‍♀️. Blok baru ni mahal sikit RM665 tapi dia selesa n besar sesangat, kalau siapa tahu rumah dkt dengkil tu macam mana, yang ni laagii besar dan laaagiii selesa dari tu. Tapi dkt sini korang nampak mcm "elehh normal la tu, murah lagi tuu". Tapi nanti nak bayar ikut sem tercekik halkum korang nanti😂.

     Untuk sem 1, yuran dia masih murah lagi sebab tak banyak credit hour lagi dalam RM1000 lebih lebih gitu (tak ingat exact yuran tu). Sem 2, dia dah makin byk jadi RM2800 gitu. Senak rasa nak bayar😩. Ni kira okay sebab dalam sem ni ambil bahasa asing dengan koko sekali. Koko sahaja yuran dia RM300😌.

     Kos MI ni nanti every year dia akan ada praktikal. Contohnya, kos ni ambil 4 tahun, jadi after sem 2, 4, 6, 8 akan ada sem pendek untuk praktikal. Jadi, total 4 kali praktikal. Haaa.. part ni yg seram sikit nii.. Guys, praktikal lah berapa kali pon, aku tak kisah. Yang aku kesahkan sgt yuran dgn segala perbelanjaan mak nenek masa praktikal ni😥..mahal gilaaa. Takda elaun tau praktikal tu, n utk sem pendek ni takda ptptn tau(bagi siapa yg ada ptptn). Yuran for sem pendek ni about RM700. Tak termasuk rumah sewa, transport, makan minum, duit emergency kalau beli apa apa ke. Haihh... 💆

    Sampai sini lah dulu ya semua, sebab apa aku mcm kureng berpuas hati ni sebab, kakak aku masuk ipts, tapi yuran dia lebih kurang dgn aku jugak every sem. Jadi aku mcm tertanya-tanya, dimanakah kelebihan belajar di ipta? Jawapan aku mudah je(nak sedapkan hati sendiri je.. Heheh), mungkin ada lah yg lebih yg aku tak nampak. Sebab semua org berkejar kejar nak masuk ipta ni, maka marilah kita bersyukur. Alhamdulillah 🤲..

   Sekarang korang dah tahu kan range yuran ipta ni, jadi simpan simpanlah duit tu yeee.. Pape, tanya dkt komen okayy😉

4 comments:

  1. Hi awak dapat kampus mana yee sebab saya dapat dekat besutt macam kecewa sikit la en lepastu dapat unisza ni pun macam tak relaa sebab letak pilihan bawah bawah dalam upu soo macam hilang la semangat nak sambung belajar sebab imnot expecting for this

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, same goes to me. saya pun dapat unisza kampus besut and wasn't really excpecting that. awak kemasukan 2020/2021 ke

      Delete
    2. hi, same goes to me. saya pun dapat unisza kampus besut and wasn't really excpecting that. awak kemasukan 2020/2021 ke

      Delete
  2. Kalau yuran pengajian untuk course pharmacy kat unisza ni brp ye?

    ReplyDelete

Yuran IPTA Paling Mahal di Malaysia

      Hai korang, aku ada nak cerita sikit ni. So, basically cerita ni utk yang tertanya-tanya macam mana unisza ni sebenarnya, sebab aku ya...