Kaki Kucing Bengkak

First of all, saya bukan doktor 😂....belum lagi. Tapi doa-doakan lah saya dapat jadi doktor yang berjaya one fine day nanti. Insya-Allah.
   Saya nak kongsi sikit pasal kucing untuk pengetahuaan ramai. Sebagai pemilik kucing yang berjaya, so far dah macam-macam penyakit yang saya jumpa . Tapi harini saya nak cerita pasal kenapa kaki kucing dekat lengan dia tiba-tiba bengkak.
    Saya bela kucing dekat dalam rumah. Jadi saya tak lepas keluar. So, kalau dapat keluar atau terlepas keluar, dia jadi macam jakun sikit 😂. Jadi , kucing saya terlepas keluar (tanpa disengajakan), saya tak perasan yang kucing saya ni keluar. Kucing saya ni nama Chucky (dont judge😏😂). Oh!.. lupa nak beritahu, saya ada 3 ekor kucing dan satu baby kucing umur 10  hari.
Semua kucing saya warna oren kecuali baby yang baru lahir warna putih. Memang semestinya tak perasan kalau sekor takde tetiba😂. Okay sambung.
    Lepas dia keluar tu tetiba terdengar bunyi meow kat luar, baru perasan Chucky ada dekat luar. Masuk rumah kaki sebelah dah terhincut-hincut. Saya try nak pegang dia marah, mestilah sakit kan. First sekali saya syak dia kene langgar motor ke kreta. Pastu dia jadi kurang makan, badan pon makin kurus. Macam dah berapa hari lepas tu dia mcm dah boleh letak kaki dia masa nak jalan.Sekejap-sekejap macam tu la. Saya ingatkan dia mcm terseliuh je. Saya ignore je, esok-esok baik la tu.
     Selepas tu, dia mcm lembik , terbaring je ,mungkin sebab kurang makan atau sakit sangat. Saya bawak pergi klinik, doktor cakap, lengan dia dah bengkak susah nak detect or nak rasa kalau ada tulang yang patah. Kalau nak tahu jugak kene buat x-tray. Kalau dah ckp x-tray bagai , mestilah kos pon mahal. So, doktor just bagi ubat tahan sakit dengan vitamin je. Semua ubat ni RM29. Chucky terpaksalah mkn ubat tahan sakit sementara saya kumpul duit🙀.
     Few days lepas tu, lengan dia mcm bernanah. Saya pegang boleh rasa lembik-lembik dekat bhgn dlm lengan dia. Yg teruknya, dia pergi gigit tempat nanah tu, pastu luka nanah tu jadi makin besar. Saya bawak pergi klinik lagi (klinik lain)
ni gambar sebelum nak pergi klinik.

doktor cakap kaki dia mungkin bisul, tak patah sebab dia still boleh guna lagi kaki tu cuma sekejap2. Doktor ckp nanti dia bius pastu operate kaki dia, buang semua nanah2 kat dalam kaki tu.
ni selepas dah operate

my mom buatkan baju nak tutup luka tu sebab dia asik jilat je. Comelkan😻.

Kos dia semua skali RM106. Hmm...mahal jugak, tapi takpe as long Chucky sihat😺.
ni semua ubat yang dapat.

    Pengajaran dia, kalau kucing sakit terus bawak pergi klinik (kalau mampu) sebab takut penyakit dia melarat , lagi byk nak kene bayar. Kalau tak mampu , boleh cari inisiatif lain dekat internet byk tips2 yg boleh digunakan.
    Haritu saya cari dekat google, dia kata boleh letak kunyit yang dah campur dgn air jadi mcm masker pastu letak dekat luka yang nanah tu. Insya-Allah boleh, cuma ubat tradisional ni mungkin makan masa sikit nak jadi.
     So, harap blog ni membantu anda semua .Doakan supaya admin blog ni dapat 4flat . Amin.

No comments:

Post a Comment

Yuran IPTA Paling Mahal di Malaysia

      Hai korang, aku ada nak cerita sikit ni. So, basically cerita ni utk yang tertanya-tanya macam mana unisza ni sebenarnya, sebab aku ya...